MAKLUMAT SEKOLAH


"GAPURA CENDEKIA"

Lirik Lagu Gapura Cendekia

Langkah cergas dan gagah

Menuju ke sekolah

Megah tesergam indah

Berjasa bersejarah

Dengan semangat waja

Kita perjuangkan bersama

Lestarikan cita-cita

Cemerlang dan bitara

Visi kita martabatkan

Potensi diperkembangkan

Kecemerlangan dibudayakan

Anugerah kita rangkulkan

Usah lalai dan leka

Berazam tingkatkan usaha

Wangi semerbak selamanya

Bersinar bercahaya

Jadi kebanggaan semua

 

*Lagu dan lirik digubah oleh

Encik Ali Sabri bin Saber Ali Khan (Gurubesar 2015-2017)


Dibina pada tahun 1955, Nama asal bagi Sekolah Kampung Jepak ini ialah "Kampung Jepak Primary School". Sekolah ini diwujudkan memandangkan kerumitan dan kesulitan penduduk kampung kerana terpaksa menghantar anak mereka bersekolah ke seberang sungai Batang Kemena iaitu di Sekolah Orang Kaya Mohamad dan SR St. Anthony.

 

Oleh yang demikian, satu jawatankuasa khas kampung telah ditubuhkan dan bertindak telah menubuhkan sebuah sekolah serta bergotong-royong untuk membina sekolah ini. Jawatankusa ini dinamakan komuniti sekolah yang terdiri daripada ketua kampung dan pemimpin-pemimpin Kampung Jepak. Penduduk yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Jepak, Kampung Sebuan Kecil dan Kampung Sebuan Besar.

 

Bentuk asal bangunan ini ialah bangunannya berbentuk bangsal dan mempunyai dua bilik darjah dan sesi persekolahan pertama di sekolah ini bermula pada 1 Januari 1956 dan hanya dua orang tenaga pengajar dan 80 orang murid yang bersekolah di sini.
Bangunan kedua sekolah ini pula dibina pada 1962 dan dibina dari papan dan beratap kayu berlian yang didirikan oleh Bintulu District Council. Hanya terdapat empat buah bilik darjah dan kemudiannya bangunan ini dirobohkan pada 13 November 1986 dengan bangunan yang dibina daripada konkrit. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A di kawasan Bintulu.


WARNA & LAMBANG TAFSIRAN

 

  • MERAH Melambangkan kematangan berfikir, kecekalan, keberanian dan kesediaan untuk menghadapi cabaran hidup.
  • BIRU Melambangkan ketulusan dan kejujuran.
  • KUNING Melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah yang mesti di patuhi dan dihormati mewujudkan kejayaan di dalam semua bidang.
  • BUKU (MEDIA MASSA) Menyimpan khazanah ilmu yang tidak dapat di nisbah dengan apapun yang lain.
  • BOTOL DAKWAT Seperti resam dakwat yang belum digunakan, percaya semua individu mempunyai potensi yang terpendam.
  • PADI Membantu dan menjadi tunjang asas dalam semua bidang, walau tidak dihargai. 
  • OBOR Cahaya sikap yang baik untuk membimbing dan menerangi manusia berilmu.

 

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


 

Pendidikan Berkualiti,

Insan Terdidik,

Negara Sejahtera.


 

Kemahuan Kunci Kejayaan

 

Bererti keinginan untuk memperolehi sesuatu dengan usaha yang gigih adalah merupakan kunci ke arah kejayaan di dalam semua bidang.




Nilai

  1. Bekerjasama Meringankan tugas, menjimatkan masa dan tenaga
  2. Bersyukur Menghargai apa yang telah dicapai/ diperolehi/didapati
  3. Dedikasi Menjalankan tugas tanpa selalu diarah oleh ketua
  4. Berpelajaran Boleh maju dan berdaya saing
  5. Ikhlas, jujur dan amanah Boleh dipercayai
  6. Kreatif, kritis, positif dan pro aktif Boleh meningkatkan mutu/kualiti kerja
  7. Senyum, mesra dan peramah Dapat mengeratkan perhubungan
  8. Utamakan kualiti Tidak membuat kerja sambil lewa
  9. Sentiasa ke depan Dapat membuat kerja secara berfokus untuk penambahbaikan
  10. Berfokus Sentiasa menuju kepada TOV (Take of value)

Prinsip

  1. Semua pelajar boleh diajar
  2. Semua pelajar berpotensi cemerlang
  3. Semua guru aktif dan cemerlang
  4. Sekolah adalah faktor utama kepada kejayaan dan kecemerlangan pelajar
  5. Ibubapa dan pelajar adalah pelanggan utama

Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak Bintulu komited menyediakan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kami warga sekolah mempunyai kebolehan dan keupayaan serta komitmen untuk memberi pendidikan berkualiti dan terbaik kepada setiap anak didik yang diamanahkan kepada kami.